Bunuh, Bakar Dan Makan Mangsa

Brazzaville (Congo) – Penduduk sebuah kampung di Congo menyerang dan membunuh seorang lelaki yang disyaki sebagai anggota kumpulan militan.

Insiden berlaku berhampiran bandar Beni, selepas penduduk menangkap lelaki berkenaan kerana berkelakuan mencurigakan.

Ketika ditangkap, lelaki tersebut didapati membawa parang dan tidak mampu bertutur dalam bahasa tempatan.

Sebaik disoal siasat, mangsa dipukul sehingga mati sebelum mayatnya dibakar.

Saksi berkata, penduduk yang gagal mengawal perasaan bertindak memakan cebisan daging mangsa yang rentung.

Menurut Daily Mail, tindakan penduduk itu sebagai membalas dendam di atas kematian lebih 100 orang akibat serangan militan ADF-NAUL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *