Gadis Sesat Dalam Hutan Ditemui Awal Pagi Tadi

Sandakan – Seorang gadis yang dilaporkan hilang selepas sesat kira-kira tujuh jam di dalam hutan berhampiran Taman Thsun Ngen dekat sini ditemui selamat awal pagi tadi.

Ting Ding Ling, 24, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 1.15 pagi berhampiran Jabatan Air Sibuga tidak jauh dari kawasan hutan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata gadis itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Duchess of Kent.

Dia dan seorang rakan pergi ke taman berkenaan untuk beriadah kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Dia dipercayai tersilap laluan dan tersesat.

Gerakan mencarinya dimulakan pada pukul 10.13 malam terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta 15 anggota kelab pejalan kaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *