Laporan PKR Hantar 3 Nama Tak Benar

Kuala Lumpur – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan bahawa parti itu bersetuju untuk menghantar tiga nama kepada pihak Istana.

Dalam kenyataan tersebut PKR menjelaskan laporan berita “Akhirnya PKR Akur Hantar 3 Nama Calon MB Selangor” adalah tidak benar sama sekali.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan Setiausaha Agung PKR tidak pernah membuat kenyataan kepada media tersebut mengenai jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan di hantar PKR kepada pihak Istana.

“Jelas rencana-rencana tersebut turut cuba menimbulkan persepsi bahawa Setiausaha Agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang dinyatakan.

“Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak pernah menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon MB Selangor, ” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

mStar melaporkan PKR akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.

Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

 

Baca: Akhirnya PKR Akur Hantar 3 Nama Calon MB Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *