Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Je Agaknya Kan? – Farish Aziz

Niatnya hanya cuma untuk berkongsi kemeriahan berhari raya di kampung bersama peminat.

Namun baru-baru ini, pelakon Farish Aziz bagaimanapun tersilap langkap apabila dia mendapat kecaman hebat masyarakat gara-gara memuat naik foto yang menunjukkan dia itu ber’selfie’ di kubur dan mendakwa aktor itu bergambar sehingga terpijak kubur yang lain.

Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif yang rata-ratanya menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif.

Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu.

Bagaimanapun, Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman ini sempat memberikan penjelasan dengan menulis:

“Jarang2 saya layan komen ni. Tapi sekali sekala jawab apa salahnyakan? Terima kasih bebanyak di atas komen2 anda. Cuma nak tanya satu ja. Apa beza amek gambar di #kubur #kuburan ngn #selfie di kubur? Cuba try click hashtag tu? Ada lebih 4 ribu gambar orang amek gambar pagi raya di kubur. Takde pula salah kan? Mungkin sebab selfie saya senyum kot kan? Kat kubur ni kena buat muka sediiiiih jer agaknya kan? #selfie ni saya amek di pagi raya bersama family lepas ziarah kubur. Makcik-makcik, nenen; pakcik-pakcik saya pun tak tegur “eh kurang sopan kau ni ambil selfie di kuburan… Jadiiiii saya nak ucap terima kasih diatas teguran anda, tapi saya xder masalah kot di my side. Hari Raya abg2, kakak2, adik2 saya lagi appreciate kalau anda2 bagi salam raya ke wish raya ke duit raya ke. Dari nak menunjuk ini salah itu betul. Tapi terima kasih tau. P/S: mesti ada komen, biasalh artist, mana boleh ditegur . Bolehhh silakan… Tapi xkan nak diam diam dan terimaaaa je kan? salaam” tulisnya.

Dalam pada itu, Farish juga ada memuat naik status di laman sosial twitter miliknya yang menyatakan tidak perlu bagi dirinya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

“Why do i need to explain this? Haha. The exact spot sy amek pic berdiri. Xkan xtau kubur family.semoga anda diberkati.” luahnya.

5 thoughts on “Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Je Agaknya Kan? – Farish Aziz

  • July 31, 2014 at 5:33 pm
    Permalink

    Hah…makin moden manusia makin bangang jadiknya… baik yg mengkritik, yang berselfie sama je.. ni lah bahana nya penyalahgunaan media.. sedar tak sedar… ni lah..dunia media baru…perosak generadi muda.

    Reply
    • August 1, 2014 at 1:20 am
      Permalink

      saya sokong point anda, tapi minta maaf saya nak peringatkan yg cara saudara komen pun tak kurang mcm pengkritik orang yg berselfie tu rasanya. dan sekurang2nya mereka kritik terus ke sasaran, bukan belakang2 tanpa ada manfaat kepada orang terlibat. lagi satu, tak perlu membangangkan orang rasanya.

      tapi saya sokongla point tu, ya mmg takda faedah follow artis2 ni melainkan buang masa obses pasal orang lain, menambah dosa tengok aurat, cari kesalahan pastu gosip yg mengundang caci-maki dan lain-lain. sedar tak sedar jadi pak turut dalam menaikkan nama dia je..

      Reply
  • August 2, 2014 at 8:36 pm
    Permalink

    mmg x slh broo .,tp yg bdoo pijak kbur dah knpe.klu ank klurga die tgok .. mcm mne klu kubo bapakk ko org pijakk ? ok bhaii

    Reply
    • August 2, 2014 at 10:11 pm
      Permalink

      dah ade ke belom org yg ugut bunuh kau ? kalau tak ade apa salahnya aku ugut kau .. melayu jenis apa kau ni ?

      Reply
  • August 2, 2014 at 11:54 pm
    Permalink

    Ye, itu urusan kamu. Tp kamu kena fikir n bayangkn kalau time kamu beraya di rumah, tiba2 org ramai dtg bwk jenazah n uruskn kat rmh kamu. Kamu terkejut kn, n kamu tak selesa. Begitu juga si mati. It’s called respect.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *