Andai MH17 Ditembak : Najib Berikrar Bawa Mereka Yang Bertanggungjawab Ke Muka Pengadilan

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

“Hari ini adalah ‘hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia’, saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku,” katanya.

Najib turut berkata, kerajaan akan menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev mengandungi pasukan kecemasan dan perubatan.

Beliau turut berikrar untuk membawa pihak terbabit ke muka pengadilan sekiranya punca nahas pesawat MH17 kerana ditembak.

Katanya pada sidang media yang diadakan di KLIA pada sekitar jam 4.40 pagi tadi, pada peringkat sekarang punca sebenar kejadian masih belum dikenalpasti.

Dalam sidang ringkas yang diadakan, beliau bersama Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama bersependapat siasatan tidak akan disembunyikan dan pasukan antarabangsa perlu dibenarkan berada di lokasi nahas.

Berikutan itu, tiada mana-mana pihak dibenarkan mengalih serpihan dan kotak hitam pesawat berkenaan.

Beliau menyifatkan ia tragedi berulang bagi Malaysia.

Dengan nada sedih beliau bersimpati dengan apa yang berlaku.

“ Saya tidak dapat bayangkan apa yang dilalui ahli keluarga mangsa” luahnya.

Turu hadir sama pada sidang media berkenaan, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas insiden pesawat MH17 terhempas di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *