Kanak-Kanak Tersepit Dalam Mesin Basuh

ANHUI: Selepas hampir 30 minit mencuba tetapi gagal, akhirnya ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang tersepit dalam mesin basuh terpaksa meminta bantuan untuk mengeluarkan anaknya.

Wanita berkenaan, Qian Tien, 27, terus menghubungi pasukan bomba selepas mendapati anaknya, Peng tersepit dalam mesin basuh di rumah mereka di bandar Suzhou, wilayah Anhui, China.sepit1

Kanak-kanak itu dikatakan memanjat dan masuk ke dalam mesin basuh itu tanpa disedari ibunya.

“Kanak-kanak itu tidak berasa takut, sebaliknya sangat teruja apabila melihat ramai anggota bomba datang menyelamatkannya,” kata salah seorang anggota bomba, Yong Wu.

Selepas memotong mesin basuh itu menggunakan alat pemotong hidraulik, pasukan bomba berjaya mengeluarkan kanak-kanak lelaki itu.

“Dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya anggota pasukan penyelamat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *