Remaja Israel Mahu Hapuskan Bangs Palestin Dari Muka Bumi

SHAH ALAM – Rentetan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, banyak pihak tampil mengecam perlakuan Israel yang menzalimi penduduk di Gaza.

Namun di sebalik kecaman itu, remaja Israel dengan bangga menyokong pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas penduduk Gaza.

Berdasarkan tinjauan penulis di portal berita Mondoweiss, David Sheen pada Khamis lalu menerusi laman sosial Twitter, ada segelintir anak muda Israel khususnya remaja perempuan memuat naik gambar ‘selfie’ mereka bersama hashtag #ZionStandUp dan jelas mengutuk rakyat Palestin yang ditindas.

Tidak cukup dengan penghinaan yang dilemparkan, remaja tersebut turut melaungkan sokongan terhadap Israel dalam memerangi Gaza serta mendesak bangsa Palestin dihapuskan dari muka bumi.

Salah seorang remaja yang menggunakan hashtag tersebut turut memuat naik sebuah post yang mengutuk Palestin dan mendesak supaya hukuman gantung dan mati dijatuhkan ke atas setiap penduduk Palestin.

Difahamkan, hashtag tersebut mula diwujudkan sejak peperangan ke atas Gaza diisytiharkan Israel.

Penyebaran hashtag tersebut yang meluas kini mula mendapat perhatian masyarakat dunia dan kini ada pihak yang menggunakan hashtag tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dan mengecam keras perbuatan Israel ke atas rakyat Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *