AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik Maut Kemalangan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Bukit Besi, Terengganu kira-kira pukul 3.16 pagi Isnin.

Allahyarham maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Difahamkan pembantunya, Hasmizi Hasan yang turut berada di dalam kenderaan yang dinaiki Abu Bakar tercedera.

Maklumat awal mendapati kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mangsa melanggar sebuah van yang dinaiki enam pemumpang.

Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Datin Zaitun Salleh dan lapan anak.Pada Muktamar PAS lalu, Abu Bakar bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS.

Beliau pernah menjadi Exco Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *