Kesal Iskandar Malaysia Didominasi Pelabur Asing

KUALA LUMPUR – Pendominasian pelaburan asing di Johor perlu dikaji semula kerana ia memberi kesan negatif kepada kontraktor Melayu untuk mendapat projek secara langsung di negeri itu.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, isu peminggiran kontraktor Melayu di Iskandar Malaysia memperlihatkan seolah-olah Bumiputera tidak mempunyai kepakaran dan kelayakan untuk mengambil bahagian dalam projek berprestij.

“Ini amat menyedihkan dan memalukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sambil berkata Perdasama memandang serius isu itu, beliau meminta pihak bertanggungjawab sensitif kepada bangsanya sendiri.

Perdasama berpendapat kenyataan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia yang mendakwa kontraktor Melayu di wilayah itu semakin dipinggirkan, harus dipandang serius.

Moehamad Izat kesal dengan sikap sesetengah pihak yang lebih banyak memberi alasan daripada memberikan kerjasama dalam membangunkan kontraktor Melayu.

Iskandar Malaysia merupakan kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung Malaysia iaitu kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju.

Kawasan di dalam lingkungannya ialah Daerah Johor Bahru dan sebahagian dari Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin). – Bernama

One thought on “Kesal Iskandar Malaysia Didominasi Pelabur Asing

  • June 22, 2014 at 3:14 pm
    Permalink

    kita berasa bangga atas kejayaan Iskandar Malaysia namun kejayaan itu x bererti kepada rakyat, peniaga tempatan khususnya bumiputra. Mana dia janji penubuhan pembangunan wilayah-wilayah dalam Malaysia dengan menambil kira peluang perniagaan bumiputra . Pihak yang berkuasa dan terlibat khususnys orang melayu memang mudah lupa. Cakap x serupa bikin , mana pemimpin yang solgannya BERJUANG UNTUK BANGSA UGAMA DAN NEGARA, HIDUP……….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *