Tahanan Lari Serah Diri

Georgetown – Seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk pertuduhan memiliki dadah Selasa lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, menyerah diri pada 8.15 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata lelaki itu akan direman pada jam 2.30 petang ini.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi Selasa itu, suspek yang digari secara berangkai bersama-sama 14 lelaki lain melarikan diri sebaik kenderaan polis yang membawanya tiba perkarangan mahkamah itu.

Lelaki terbabit ditahan di Taman Tun Sardon kerana disyaki memiliki dua tiub dadah jenis heroin, 13 Jun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *