DNA Babi Halal : Ustaz Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi Dan Kenyataan Dr Asri


Kuala Lumpur – Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

“Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah,” katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

“Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

“Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah,” tegasnya.

 

Baca : DNA Babi Halal Dimakan – Dr Asri

 

Baca : Fatwa Qardhawi DNA Babi Halal Dimakan

 

Baca : Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi

 

Baca : Komen Pembaca Berhbung Fatwa Yusof Al-Qardhawi

 

Baca : Komen Pembaca Berhbung Kenyataan Dr Asri


42 thoughts on “DNA Babi Halal : Ustaz Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi Dan Kenyataan Dr Asri

  1. Selagi umat islam berpegang pada al quran semua masalah ini tidak akan jadi kecoh.Di dalam al quran jelas mengatakan bahawa babi dan keturunannya itu haram walau apa cara sekali pun.Walau pun di olah menjadi apa pun jika sudah bahan asasnya ada kandungan babi dan keturunannya..tetap haram.
    Islam itu mudah dan jelas.

  2. Sorry Qardhawi, I cannot accept yr latest statement on the issue of pig DNA as being acceptable. I would rather stick to the foundation laid down by Mazhab Shafie that anything to do with pig is haram. Salute to Uztad Kazim for standing up to Yusof Qardhawi. Remember Qardhawi took side on anwar issue on the second sodomy case without even consulting Saiful at all. How’s that for someone of his standing. May Allah protect us from being confused by statement such as this one from Qardhawi. Once again my highest regard to Uztad Kazim Alhafiz.

    • The comparison between Sheikh Yusuf Al-Qaradawi and Ustaz Kazim is like apple and durian. One is recognized by the WORLD and another one only recognized by a FEW people in Malaysia. I don’t want to state about their knowledge in Fiqh which we all know, who actually we should call ALIM between them.

      • Bro/sis..sorry..what is different apple an durian? All fruit.we may have different opinion but should be within quran and hadis…who are you to telling people who is apple and who is durian..both insan..both not maksum…who recognized who..? Pig and related to pig still haram..can someone tell us which dalil says pig not haram

  3. Seriously, Anwar had nothing to do with pig DNA. Please do not make unnecessary connection. It will make people think bad about others. Besides, Allah had said this clearly in Suratul Hujurat verse 13, that we should not have bad impression towards others. Anyway, i agree with Ust. Kazim. I’m not going to eat Cadbury ever again. Thank you SuaraTV for sharing this. 😀

  4. Salam. Bila saya tenguk pada hujjah kedua2 pihak, saya nampak hujjah Qardawi & DrMAZA lebih kukuh & practical dengan perkembangan teknologi & keadaan semasa.

    Pandangan Ustaz Kazim bahawa: “Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

    “Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita.”,agak jumud & sempit.

    Larangan untuk tidak makan daging babi adalah tidak mutlak/absolute, bahkan kita dibolehkan memakannya dalam keadaan darurat umpamanya; maknanya persoalan daging babi menjadi darah daging kita itu tidak timbul sebab yang dimakan bukannya “daging babi”, tetapi “derivative” nya yang sudah bertukar sifatnya (e.g. dalam bentuk gelatin & vaccine).

    Para pengasas Mazhab yang empat dulu tidak expose pada food technology yang kita ada sekarang dimana proses food technology membolehkan penukaran bahan yang diambil dari daging babi (bukan daging babi per se) kepada bahan lain yang sudah berubah dari segi sifat, dll. Juga, kesudahan syurga neraka seseorang Muslim itu pastinya bukan hanya terletak pada soal makan minum sahaja.

    Harus diingat bahawa bab ini adalah bab ranting, sebab itu ada perbezaan pendapat diantara ulama/scholars. Maknanya kena ada semangat berlapang dada – kita ikut apa yang kita yakin, tetapi dalam masa yang sama kita menerima pandangan yeng berbeza dan menghormati mereka yang berpegang pada pendapat yang lain dari kita (ini yang susahnya?). Ini lah semangat keilmuan dalam Islam. Saya pasti Ustaz Kazim juga berpegang pada semangat ini. Otherwise, we are back to square one – menolak pandangan bab ranting yang berbeza dari kita sampai ketahap nak bergaduh/berperang…ini yang terjadi dengan perbezaan mazhab dulu2…yang ruginya orang Islam sendiri…

  5. Sorry Sdr Baharudin Kadir. Saya tidak dapat menyetujui hujah dan pandangan sdr. Gelatin adalah produk organic direct dari babi. Transformasi yang saya faham tidak bermaksud dari tulang2 rawan/kulit dsb yang diperoses menjadi kologen kemudian gelatin. Jika sumbernya dari babi maka bagi saya adalah produk babi. Ini berbeza dari najis babi atau tahi ayam yang dibuat baja. Ini transformasi sepenuhnya, dari bahan organic, diurai oleh proses biologi, termasuk oleh mikrob dan cuaca kapada produk inorganic asas C, C, P, K, Mg dsb atau garam2 mereka yang menjadi unsur Tanah (transformasi lengklap). Pokok mengambil unsur tsb untuk digunakan dalam tumbesaran, bukannya najis babi. Samalah juga dengan babi yang jatuh dalam telaga garam, mereput dan menjadi unsur tanah, saya tak ada masaalah dalam hal ini. Jika saudara boleh katakana gelatin dari babi halal, maka bukalah ladang memelihara babi dibelakang rumah tuan dan proseslah untuk menjadi gelatin untuk makanan tuan. sanggupkah tuan memakannya.

    • Masalah disini, dalam pendapat ustz kazim, beliau terus memukul rata bahwa produk yg mempunyai gelatin babi adalah haram manakala pendapat Sheikh Yusuf produk yg mempuyai gelatin babi halal dimakan didalam keadaan darurat. Darurat disini, ditakrifkan sbgai keadaan didalam bidang perubatan bukan makanan yg dimakan dalam keadaan suka ria seperti coklat cadburry. Jika keadaan saudara 50/50 hidup atau mati, dan cuma ubat yg mempunyai gelatin babi yg mampu membantu saudara utk sembuh, adakah saudara akan menolak ubat itu dgn alasan haram? Tahukah saudara, perbuatan tidak beriktihar utk menyembuhkan diri dari penyakit apa hukumnya?

      • Sdr Desert Rose. Cuba fahami yang tertulis. HALAL gelatin dari babi dalam keadaan makan suka2 dengan DIBOLEHKAN AMBIL dalam keadaan DARURAT adalah dua hal berbeza. Tidak menjadi persoalan dalam keadaan darurat.

  6. encik baharudin kadir…memang la takde istilah haram mkn babi apabila keadaan tu dah terlalu mudarat tp u kena fkr keadaan kta skrg ni tak mudarat langsung dan byk pilihan makanan yg kita ada….and sy stuju dgn ust kazim…“Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita.” kita ada otak utuk berfikir… JANGAN KERANA COKLAT MAKANAN KESUKAAN MENYEBABKAN KITA TAK FIKIR HARAM N HALALNYA….SY BG PENDAPAT JE YE SBB BG SY KTA BKN DALAM KEADAAN DARURAT SKRG

    • Salam,
      Kita tidak membincangkan perihal makan daging babi yang clear hukumnya…kita bincang derivative dari babi seumpama gelatine yang digunakan dalam makanana & ubaatan…Apa yang saya sampaikan adalah berasaskan pada FATWA berkenaan isu ini dan yang berkaitan, yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama yang membabitkan 112 orang Ulama yang diiktiraf oleh dunia Islam pada tahun 2003…tolong visit link dibawah…janganlah cepat nak menuduh perbincangan kita sampai ketahap merosakan aqidah…fikir2 lah semoga Allah SWT melindungi kita dari kekhilafan (ianya dalam bahasa Inggeris & Arab):

      http://www.vaccinesafety.edu/Porcine-vaccineapproval.htm

  7. Sorry Sdr. Baharudin Kadir. Mengenai vaksin atau capsul begelatin dari sumber babi. Saya kira itu darurat, dan kita semua berdosa kerana mengambil mudah soal fardhu kifayah. Bukankah gelatin boleh dihasilkan dari sumber haiwan2 halal lain, tapi masyarakat islam tidak menghasilkannya sendiri, maka berdosalah kita. Mengenai insulin, sekarang sudah pun ada rekombinan insulin produk genetic engineering yang halal, tapi masih dihasilkan oleh orang2 bukan islam. Selagi kita tidak dapat menghasilkan yang halal, tetapi terpaksa menggunakan sumber halal, itu darurat, tapi dari segi fardu kifayah semua kita berdosa.

    • Jika gelatin dari binatang lain tidak bersesuaian maka berdosa jugakah umat muhammad saw kerana tidak dpt menghasilkan gelatin halal?
      Seorang lelaki tua tidak berpendidikan yg tinggal dikampung juga dikira berdosa sekiranya tidak dpt menghasilkan gelatin halal? Sungguh mudah saudara menjatuhkan hukum dosa itu kpda semua org ye.

      • Sdr Desert Rose. Pertama harus tahu apa itu fardhu kifayah. Kedua, bahan2 dari haiwan lain juga boleh digunakan dalam pembuatan gelatin, ayam, lembu, dll. Masaalahnya kita, termasuk institusi islam yang besar2 tidak mengambil tanggungjawab melaksanakannya. Ketiga cuba buka youtube, search for ” How is gelatine made”

        • Sedikit coretan dari dr MAZA

          SHAH ALAM 9 JUN: Mantan Mufti, Dr Asri Zainal Abidin berkata beliau terkejut dengan seorang penceramah agama di negara ini mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas.
          Katanya, ulasan penceramah itu seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri daripada ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
          Dr Asri berkata, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat mazhab mengharamkan babi apabila berlaku hanya khilaf tentang kulit babi.
          “Sesiapa ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu,” kata Dr Asri dipetik di laman Facebooknya Dr.MAZA.
          Beliau berkata, Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram.
          Namun isu dibahaskan ialah istihalah yang merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
          “Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya,” tulisnya.
          Mohd Asri Zainul AbidinDr Asri berkata, kenyataan penceramah itu berhujah bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amat canggung.
          Beliau perlu tahu bahawa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir.
          Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
          Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu.
          “Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh?

          “Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan,” tulisnya.
          Dr Asri berkata, contoh boleh dilihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.
          Jika disemak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
          “Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
          “Hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya,” tulisnya.
          Beliau berkata, fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim.
          “Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna,” tulisnya.

          ulasan : Penerangan yang jelas dan tepat berlandaskan landasan ilmu. Situasi semasa darurat atau situasi semasa aman.

    • Salam Sdra. Habubuddin,
      Apa yang saya sampaikan adalah berasaskan pada FATWA berkenaan isu ini dan yang berkaitan, yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama yang membabitkan 112 orang Ulama yang diiktiraf oleh dunia Islam pada tahun 2003…tolong visit link dibawah…semoga Allah SWT melindungi kita dari kekhilafan (ianya dalam bahasa Inggeris & Arab):

      http://www.vaccinesafety.edu/Porcine-vaccineapproval.htm

  8. Tertegaknya islam itu kerana hujah yg baik, kukuh dan benar, bukan berlandaskan emosi.

    Jika ada yg mengatakan hujah Dr Yusuf Qaradawi dan Dr Maza lebih kukuh dari Ustaz Kazim, maka saya setuju. Tidak sepatutnya kita sebagai orang yg beriman memegang hujah yg lemah kerana non-muslim juga pandai berhujah.

    • saya setuju.jangan hanya krn hujah.kita percaya disitu ada kebenaran.sebab itu nabi wasiatkan al-quran dan sunnah sbg pegangan utk umatnya sbg rujukan dan panduan.jika hanya krn hujan.ia boleh diolah oleh olah.jgn dek krn zmn kemodenan,kita boleh menghalalkan apa yang haram

  9. I am very agree with Ustaz Kazim. Anything relating to pig whether it is directly produce or by product is haram. Even in the holly Qur’an were already being said clearly. Nor I’m wiser in this issue, but I feel it is important to enlighten our fellow Muslims about the foundations of the halal and haram accordingly to what’s has been laid out in the holly Qur’an.

  10. Saya bersetuju dengan pdpt Ustaz Kazim Elias…walau bgmna sekalipun di transformasikan istilah dpd unsur itu ditransformasikan tdk blh diubah. Kta tdk blh katakn pd mulanya drpd babi tp skeg suda brubah sifatnya. Yg ptg kta tahu ianya berasal drpd babi maka tetap haram..

    • najis babi digunakan sebagai Baja, saya setuju ia telah ditransformasi sepenuhnya. Dari bahan organic, diurai oleh baktera menjadi bahan inorganic dan garam berkaiatan yang menjadi unsur Tanah, yang diambil oleh pokok sebagai sumber tumbesaran pokok. Pokok tidak mengambil najis babi sebagai Baja, tetapi mengambil bahan inorganic dari mana2 sumber yang telah ditransformasi sepenuhnya. Gelatin tidak ditransformasi sepenuhnya. ia masih bahan organic hasilan dari babi.

  11. Keadaan dah semakin mengelirukan skrg ni. Ada yg kata halal ada yg kata haram. Bagi saya senang je. Klau dah jadi was-was mcm ni lebih baik x pyh makan terus. Tak perlu nak tanggung risiko ada bahan dari babi msuk dlm badan kita. Lagi pun bknnya cadbury ni makanan ruji mcm nasi. Tak mati pun klau tak makan. Lgpun coklat brand lain kan masih bnyk. Takkan lah jadi kemestian kna makan coklat cadbury tak bole mkn coklat brand lain. Adoiyai korang ni.

  12. Dalam keadaan darurat, dalam keadaan kita tak tahu dan diluar pengetahuan jika kita TERMAKAN DAN TERMINUM benda yang Haram, itu kira tak berdosa. Akan tetapi sekiranya jika kita tahu dan mengetahui makanan dan minuman itu berpunca dari sumber yang haram maka haram lah utk kita mkn dan minum.

    Saya setuju dgn pendapat tuan habibudin hashim, jika DNA babi yg diperolehi dari gelatin babi ini halal utk dimakan, maka lebih baik org islam skrg ini bela babi dari bela lembu, kambing, ayam dan sebagainya.

    Ada siapa yang nak bela babi?

  13. AsSalam Ukwah!
    Terlalu banyak hujah yg boleh merosakan aqidah. Terutama dr baharudin kadeer. Wahai saudara islam semua, berpeganglah kepada apa yg telah dirisaukan oleh Nabi Muhammad saw ketika hendak wafat? Umatku x3…. maksudnya? Kitalah umat diakhir zaman..perbanyakkan bacaan kitab ttg umat di akhir zaman… inilah salahsatu tandanya iaitu para ulamak bercanggah pendapat… andai coretan ini lukai perasaan sahabat? Sy mohon ampun! Sekadar renungan kerana Quran itu benar!

  14. Kalau dah sumbernya babi, babi jugaklah hasilnya, lepas transformasi ker, tapisan ker takan pulak jadi kura-kura kan? kan?, kalau dah sumbernya dari yang haram, boleh pulak jadi halal?

    simple jer kan…

  15. Salam Saudara Baru (& saudara2 seIslam yang lain),
    Apa yang saya sampaikan adalah berasaskan pada FATWA berkenaan isu ini dan yang berkaitan, yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama yang membabitkan 112 orang Ulama yang diiktiraf oleh dunia Islam pada tahun 2003…tolong visit link dibawah…janganlah cepat nak menuduh perbincangan kita sampai ketahap merosakan aqidah…fikir2 lah semoga Allah SWT melindungi kita dari kekhilafan (ianya dalam bahasa Inggeris & Arab):

    http://www.vaccinesafety.edu/Porcine-vaccineapproval.htm

    • Salam Sdra. Habibuddin. Ok sudah tenguk…sah, saya setuju dengan fatwa yang diberikan dalam link saya tersebut…kena baca pages 2-3 fatwa tersebut bukan hanya page 1…isunya kenapa tidak ada orang2/syarikat2 orang Islam di Middle East yang banyak duit buat gelatin “Islamic” menggunakan bahan2 dari unta, kerbau, lembu dll., especially waktu hari raya Korban? Sebab ini dah jadi fardhu kifayah? Ada kawan yang dalam proses buat proposal for kilang “Islamic” gelatin…problem is consistent supply of raw mats…western companies dah monopolize the industry…maybe kalo boleh reposition Islamic gelatin at premium price? Tapi cost implications pulak…atau macamana?

  16. Salam Sdr Baharudin. Saya membaca link yang saudara berikan, dan cuba memahami apa yang ditulis dalam link tersebut. Secara rendah diri, sememangnyalah saya bukanlah seorang agamawan (terlatih dibidang agama), tetapi saya boleh claim saya sebagai seorang biologist (with a PhD) dan tahu sedikit sebanyak mengenai proses biologi dan finger-printing menggunakan DNA, dan sememangnya pun saya terlibat dengan aktiviti DNA-fingerprinting. Dalam linked tersebut saya setuju atau boleh terima pengambilan gelatin untuk ubat dalam keadaan DARURAT, TETAPI TIDAK SEBAGAI MAKANAN. Saya tidak menyetujui konsep transformasi yang mereka gunakan. Gelatin masih produk ORGANIK hasilan babi. Baja dari najis babi yang diambil pokok adalah bahan INORGANIK yang telah diTRANSFORMASi sepenuhnya oleh bakteria menjadi unsur Tanah. Baja no problem, Gelatin ada problem. Kalau tak ada problem dengan gelatin sumber haram, maka bukalah ladang babi dibekakang rumah kita untuk diproses buat gelatin untuk kegunaan industry makanan. SANGGUP?

    • sy setuju dgn habibuddin…memang la kalo darurat btl2 n takde makanan lain kita blh makan benda tu tp yg sy nak beritau saudara yg lain skrg ni ada lah ADAKAH KITA DALAM KEADAAN DARURAT SKRG???? sedangkan dlm keadaan tdk darurat pun mereka blh menghalalkan GELATIN BABI padahal ianya sdh terang2 haram drpd BENDA TU….

  17. Salam ukhwah sdr Baharudin. Saya rasa kita telah menemui titik persamaan. Saya juga bersetuju dengan pendapat sdr yang kita semua berdosa dalam hal fardhu kifayah dalam bab gelatin ini. Berdoalah agar akan sampai satu masa nanti akan ada institusi atau individu muslim yang akan melepaskan kita dari dosa ini. SALAM.

  18. Salam Sdra. Habibuddin. Setuju, tidak ada isu dalam penggunaan baja B (sebab bukan sebahagian dari badan B, cuma excretion) & gelatin B dalam ubatan/dalam keadaan darurat. Isu: (1)penggunaan gelatin dalam industri makanan sudah berleluasa dan kebanyakan produk yang ada dipasaran menggunakannya (for cost and other valid reasons)…unless ada alternative to the current B-based gelatin, then perhaps tidak ada sebab untuk tidak menggunakannya by both Muslim & non-Muslim mfrs. Jadi keadaan semasa (i.e. no supply of non-B/halal gelatin, dan ini menyebabkan supply halal gelatin jadi fardhu kifayah) contributes to the usage of B-gelatin; tidak timbul isu buka ladang B di belakang rumah sebab memang banyak supply halal raw mats pun untuk buat halal gelatin (Muslim slaughter houses for Indian “beef”, bahan dari korban binatang dimusim raya korban, dll.)…masaalahnya TIDAK ADA syarikat Islam yang berani invest in this for whatever reasons; (3)bab “makan” ni pun susah nak di difinasikan – makan as in regular food/meal, ini pastinya clear cut haram; makan as in makanan yang ada B-gelatin sebagai additive sebab tidak ada alternative yang menggunakan halal gelatin, macamana? (of course, the obvious alternative is tidak makan manufactured foods dan makan makanan buatan sendiri; practical tak?); (4) “transformasi” ini at what level? Kalau secebis daging B kita boleh lihat as a piece of food dengan mata kasar; at DNA-level ni dah masuk molecular level, so adakah kita harus go to that level?

    Saya masih fikir ini termasuk bab “cabang” dan berkelonggaran terpulang pada conviction masing2…kalau kita tak yakin, jauhkan, kalau yakin, dibolehkan sehingga ada halal gelatin alternative in the market place, then tak de choice lah kena go for food with halal gelatin. Wallahu’alam.

  19. Nabi SAW pernah bersabda, akan ada sekelompok manusia di akhir zaman yg menghalalkan perkara yg haram. Nauzubillah jgn kita cuba menghalalkan sesuatu yg termaktub haram dlm Quran. Gelatin dan Baja seseuatu yg sgt berbeza. Budak tak habis SPM pun tau tu.

  20. Maaf, sy minta izin bercakap kasar.
    Akhir zaman memang melahirkan manusia2 yg suke bercakap mengenai perkara2 ranting atau remeh dr perkara2 asas, sehingga mengakibatkan pertelingkahan Dan perpecahan Muslim kepada pelbagai puak kerana percanggahan pendapat.
    Dr mcm2 ‘alim ulamak’ yg selalu keluarkan fakta dan fatwa mengikut kapasiti ilmu mereka yg tinggi tanpe memikirkan penerimaan golongan pendek akal spt kebanyakan manusia yg ade dalam post ini. Sy percaya setan iblis dan puak kafir bergembira dgn perkara tersebut.
    Ade perkara yg perlu dibahaskan kene pd waktunye Dan ade yg tidak perlu. Cadbury ada lah isu utama atau perkare atau masalah asas yg timbul. Cume perlu beritahu kepada sitolol dan bahalol kat Malaysia ni halal atau haram. Itu sahaje.
    Yg tibe2 timbul istihalah DNA babi halal tu apehal pulak? Isu cadbury Bkn istihalah. Ape yg bengap nak BG keliru n gadoh2 psl perkara yg bukan istihalah ni. lg sekali ckp, Cadbury bukan Istihalah, harap paham bahase. Istihalah tidak sesuai digunakan utk isu cadbury ni..
    Yg kecoh plak sorg bekas mufti sound sorg ustaz lg ni apehal pulak? Kalau aku cakap bodoh nanti masing2 tunjuk lagak, bukak track record, siape ilmu tinggi, siapa ilmu rendah, bukak sijil, tunjuk anugerah, bangga dgn pangkat ulamak n sebagainye pulak nanti? Minta maaf sy tidak layan perkara2 remeh utk tunjuk siape tinggi n siape rendah..
    Kepade semua yg terlibat mengeluarkan fatwa, fakta, kenyataan, post, sokongan dan sebagainyer, sy cadangkan kamu semua buat copy segala track record, copy sijil, copy pangkat, copy hadis n copy segala2 dan tanam sekali dlm kubur mase kamu mati nanti. Esok mase kat akhirat, Allah akan tanye, pasal ape kamu berbicara dan bercanggah pendapat tentang perkara2 ranting2 semasa hayat kamu, keluarkan kenyataan sekian2 remeh temeh, post remeh temeh, isu remeh temeh sekian2, remeh temeh sokong dan condemn sipolan2 sedangkan perkara asasnye kamu tidak dapat selesaikan sehingga memecah belah ummah? Sehingga berlaku pertelingkahan spt yg ade dlm post ini sbgai buktinyer?..
    Ha, Mase tu kamu serahkan segala copy yg telah kamu buat tadi.. Mase tu juge baru kamu tahu samada Allah terima copy certificate kamu tadi atau kamu terus direjam ke Neraka Allah.. Nauuzubillah..

  21. تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
    كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
    Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua perkara, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

    Dalam Al-Quran dah sah terangkan yang menatang tersebut haram… wat pe nak telagah tentang pandangan imam2… Allah suruh pegang Quran dan Sunnah bukan pada pandangan imam… diharuskan masa darurat jer… skg ni kat malaysia tak darurat langsung, makanan halal lain bnyk… cadbury dah disahkan halal oleh jakim setelah diuji semula, pada yang ragu2 baik jgn.. tapi yang rasa yakin boleh le mkn sebab dah check ok…

    Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah:173)

    Allah suruh refer Al-Quran bukan pandangan imam yang mungkin khilaf… rujukan utama kita Quran bukan pandangan imam2… Quran Allah yang bg petunjuk… Wallahu a’lam…

  22. Ayat yang melarang makan babi amat jelas. Selain dari babi ayat itu juga mengharamkan makan darah dan bangkai. Jadi dari ayat ianya hanya menyatakan babi dalam wujudnya. Tetapi umat islam yang ada sekarang , menambah beratkan hukum yang sangat mudah. Kalau kita uji semua benda ada DNA babi, bukan saja makanan. Ini kerana kehidupan masyarakat majmuk. Contoh pembawa DNA babi yang besar adalah wang kertas yang kita pakai.Jadi janganlah menyusahkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.