Perang Siber Rancak

Jakarta – Perang siber antara kedua-dua pasangan calon presiden dan naib presiden pada pilihan raya presiden Indonesia dilapor semakin sengit.

Pengarah Lembaga Pemantau Jejaring Sosial Indonesia, Deddy Rahman bagaimanapun berkata, paling banyak menggunakan khidmat pasukan itu ialah pasangan Joko Widodo-Jusuf Kalla.

“Pasukan siber bekerja dengan menggunakan pelbagai akaun di laman sosial.

Tujuannya, mempengaruhi pengundi.

Mereka dibayar oleh calon,” katanya.

Menurut Deddy, penggunaan pasukan siber bermula sejak pilihan raya gabenor Jakarta pada 2012.

“Pengaruh penggunaan laman sosial amat penting kerana pilihan masyarakat menerusi laman itu mencerminkan pilihan di dunia nyata.

Lebih-lebih lagi kerana rakyat Indonesia adalah pengguna terbanyak laman sosial seperti Facebook, Twitter, Path dan Instagram.

“Mereka yang menang di laman sosial akan menang dalam pilihan raya sebenar.

Ini yang berlaku pada pilihan raya gabenor Jakarta, Jawa Timur dan Sumatera Selatan,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *