DNA Babi Halal Dimakan – Dr Asri

Kuala Lumpur – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik barru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan.

Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal.

“Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut” katanya.

Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain.

“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya.

“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.

“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi.

17 thoughts on “DNA Babi Halal Dimakan – Dr Asri

  • June 8, 2014 at 9:25 pm
    Permalink

    kenapa susah sangat ke nak cari DNA yg halal daripada tumbuhan atau haiwan halal lain? Kenapa mesti nak guna juga DNA binatang yg jijik dan kotor ni.

    Reply
  • June 8, 2014 at 10:04 pm
    Permalink

    Tinggalkan yg syubahah.

    Reply
  • June 9, 2014 at 2:42 pm
    Permalink

    meh pakat semua suap babi kat mulut dia.kata halal dimakan.

    Reply
  • June 9, 2014 at 6:08 pm
    Permalink

    Ini maknanya sosej babi boleh dimakan lah ek?sbb dah tranformasikan mnjadi sosej..setuju ke tidak

    Reply
    • June 15, 2014 at 1:55 am
      Permalink

      aku agak hang nie da blajar ilmu agama sampai boleh jadik mufti kot. bacaan dlm solat pon hang xtaw makna byk bunyi pulak

      Reply
  • June 9, 2014 at 6:10 pm
    Permalink

    Ulamak pun dah jd ular dlm semak.macam ni ke ahli ilmuan

    Reply
  • June 9, 2014 at 6:12 pm
    Permalink

    Manusia yang mati dan mayatnya dibakar maka abunya diambil untuk dijadikan bahan campuran dalam makanan maka adalah halal untuk dimakan setuju,,,

    Reply
  • June 9, 2014 at 7:28 pm
    Permalink

    Sekali haram ya tetap haram pak…
    Sekecil apa pun kandungan haram dalam suatu produk, tetap bagi umat muslim itu tidak bisa dikonsumsi.
    Jangan lah menghalalkan sesuatu yg haram hanya karena tidak ingin berpolemik antara sesama manusia, tunduklah pada aturan agama, dan takutlah pada kemurkaan Allah SWT…

    Reply
  • June 10, 2014 at 4:14 am
    Permalink

    The difference of opinion in Islam is a blessings to Muslim as Quran provides general rules and statement but Khinzir is clearly mentioned in the Quran. Anything that is prohibited and haram in Islam definitely is due to the reasons that it carries more harms than good, that is why it is allowed in darurat

    As for me Pig or Pig Dna, transformation or whatelse, if it is originated from the source, we must avoid it unless in the states of Darurat.

    Allah knows the best

    Reply
  • June 10, 2014 at 6:03 am
    Permalink

    Yg dikesan ialah DNA babi. Yg dikandung cokelat berkenaan spt dilaporkan belum diketahui, sama ada lemak dsbnya, tetapi yg pasti ingredien tsbt datang daripada babi. Adakah ingredien tersebut elemen babi yg tertransformasi atau cuma merupakan komponen yg diasingkan. Halal atau haram biarlah pakar (ulama) tentukan. Kita cuma ingin penjelasan.

    Reply
  • June 12, 2014 at 8:42 am
    Permalink

    Islam itu sempurna dan simple. Jangan Jadi seperti kaum Yahudi di zaman Nabi Musa A.S berkenaan ‘Mencari seekor Lembu’ Perintah Allah SWT yang begitu senang akhirnya menjadi sukar.

    Reply
  • June 15, 2014 at 1:53 am
    Permalink

    Hangpa semua yang dok komen nie blajar ilmu agama sampai tang mana ja?nak bahas dengan ulamak la pulak belajar smpai spm ja.ulama ada pelbagai pendapat,ada nas & dalil dia.hangpa blaja takat spm dok bising pulak.jgn dok bagi pndapat bodoh kalo hang xtaw.

    Reply
  • June 16, 2014 at 12:02 am
    Permalink

    “Ini maknanya sosej babi boleh dimakan lah ek?sbb dah tranformasikan mnjadi sosej..setuju ke tidak”

    Transformasi dari sudut ‘zat’. Ibarat makanan di hotel masak pakai ‘wine’.

    Reply
  • October 20, 2015 at 1:51 pm
    Permalink

    Setiap yang HARAM akan tetap HARAM walau dalam bentok apa sekalipun (berubah dari bentok asalnya)
    Maka haramlah fatwa keatas fatwa yang menghalalkan yang haram itu.
    ### Dari manakah datangnya / terhasilnya / ujutnya DNA babi kalau bukan dari BABI

    Reply
  • September 2, 2016 at 10:57 am
    Permalink

    bila tak jaga makan tu yang keluar fatwa meghapu

    Reply
  • November 12, 2016 at 1:10 pm
    Permalink

    Jangan menyusahkan diri…byk dna halal seperi kambing,lembu, ayam, itik dan sebagainya…apa ja berkaitan dengan babi tak boleh guna…babi sdh di conform haiwan yang membawa penyakit dan tidak berkasiat…tak usah mencari cari yang halal dalam apa apa bahagian pun dalam babi sama ada nyata atau pun dna atau pun bertukar rupa bentuk sifat dan sebagainya…tak usahlah berusaha mencari apa apa yang baik pada daging babi bulu kulit dan dna ..kerana haram tetap haram…lebih baik guna dna kambing ayam lembu…satu dunia confirm tak ada politik dan perdebatan yang menyusahkan diri…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *