Archive for June, 2014


June 30, 2014 10:58 pm - Editorial

Jakarta – Pemilihan presiden pada 9 Julai ini menyaksikan pertembungan antara gabenor Jakarta, Joko ‘Jokowi’ Widodo dengan bekas jeneral tentera era Suharto, Prabowo Subianto. Jokowi berganding dengan bekas ketua umum Parti Golkar, Jusuf Kalla yang sebelum ini pernah jadi Naib Presiden. Prabowo pula bergabung dengan bekas Menteri Koordinator Ekonomi, Hatta Rajasa. Berikut adalah temubual eksklusif […]


10:26 pm - Editorial

Makkah – Projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram fasa kedua yang hampir siap mendorong pihak berkuasa membenarkan mataf bertingkat dibuka pada Ramadan ini. Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan mataf atau laluan tawaf bertingkat untuk mengelilingi Kaabah sepanjang bulan mulia ini. “Pembesaran mataf di aras pertama dan tingkat bawah […]


10:23 pm - Editorial

London – Telinga seorang penyokong England digigit oleh penyokong lain ketika perlawanan skuad negara itu menentang Uruguay di Brazil, kata polis di Britain. Kejadian berlaku ketika perlawanan Kumpulan D di Sao Paulo pada 19 Jun menyebabkan separuh telinga mangsa putus dan berdarah. Seorang penyokong membuat aduan kepada polis dan nama suspek sudah diberikan kepada pihak […]


10:17 pm - Editorial

Tokyo – Seorang lelaki membakar dirinya semalam selepas memberi ucapan mengecam pelan Perdana Menteri Shinzo Abe mahu membentuk pembaharuan ketenteraan negara. Menurut polis lelaki berkenaan menyimbah badannya dengan bahan seperti petrol sebelum turun di stesen Shinjuku satu daripada tempat paling sibuk di Tokyo yang terkenal dengan pusat beli-belah dan hiburan. Difahamkan lelaki berkenaan dikejarkan ke […]


10:15 pm - Editorial

Hubei (China) – Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa. Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa. “Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata […]


10:12 pm - Editorial

Oklahoma City – Seorang daripada ahli Kongres AS dikatakan bukan manusia sebenar sebaliknya robot selepas dia digantung mati dalam insiden kononnya disiar secara langsung di selatan Ukraine. Membuat dakwaan itu, Timothy Ray Murray berkata, beberapa orang penduduk Oklahoma dan anggota Kongres dari negeri lain digantung selepas didapati bersalah oleh “Mahkamah Dunia” yang terletak di selatan […]


9:54 pm - Editorial

Jakarta – Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan. Seperti tahun sebelum ini, jenayah berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi. Justeru polis meminta orang ramai tidak menjadikan diri mereka sasaran dengan mengelak daripada memakai barang kemas atau membawa barangan berharga […]


9:03 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 69 tahun mengakui Ramadan tahun ini sangat berbeza dengan tahun sebelumnya. Menyambut bulan puasa pertama selepas bergelar isteri kepada Al Fatah Rahim Ismail pada Mei lalu merupakan saat yang dinanti-nantikan pelakon yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah. “Mak Mah syukur sangat kerana diberi peluang oleh Allah untuk […]


8:57 pm - Editorial

Pattani – Beberapa lelaki bersenjata menyerang penduduk di sebuah masjid di Pattani pada awal pagi Isnin menyebabkan seorang penduduk terbunuh, kata pihak berkuasa. Suspek melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang hendak menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Kampung Thamuang, Panarek di Pattani, menyebabkan penduduk bertempiaran lari. Menurut saksi, penduduk yang juga bapa kepada […]


8:48 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di Terengganu masih lemah dan boleh dikategorikan sebagai kritikal, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib. Katanya, sebagai bahasa utama dunia, keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris adalah sangat mendesak dan kemampuan pelajar untuk menguasainya akan memastikan mereka […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.