Speaker, Mini Parlimen Meninggal Dunia

Putrajaya – Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, 75, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM pada era 1980-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin.

Jamal tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

Program Mini Parlimen yang popular pada 1980-an menampilkan kanak-kanak sebagai wakil rakyat. Gambar motivasiminda.wordpress.com.Program Mini Parlimen yang popular pada 1980-an menampilkan kanak-kanak sebagai wakil rakyat.

Jamal atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal melalui program Mini Parlimen yang popular pada 1980-an, turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), berikutan beliau baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.

Anaknya, Sheila berkata, ayahnya mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang allahyarham membengkok hingga mengganggu paru-paru.

Sheila berkata, ayahnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans selepas mengadu sukar bernafas, tengah hari kelmarin, lapor media itu.

“Sejak pulang dari umrah bulan lalu, kesihatan ayah makin terganggu.

“Doktor memberitahu paru-parunya kronik dan disyaki terkena virus MERS-CoV.

“Ayah terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari lagi,” katanya.

One thought on “Speaker, Mini Parlimen Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *