Archive for May, 2014


May 31, 2014 9:53 pm - Mohamad C.W

TELUK INTAN 31 Mei – Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi. Calon BN, Datuk Mah Siew Keong meraih 20,157 undi manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud meraih 19,919 undi. – UTUSAN ONLINE  


9:40 pm - Mohamad C.W

KEMENANGAN besar calon BN, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihanraya kecil P76 Teluk Intan yang pengundiannya tamat petang tadi, sepatutnnya menyedarkan penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa masanya dalam politik sudah boleh dikatakan sebagai berakhir. Penulis katakan menang besar sebab Parlimen Teluk Intan ini adalah kerusi yang dirampas, bukan kerusi yang dipertahankan.  Dulu BN kalah […]


9:18 pm - Mohamad C.W

Cukup mendebarkan sekali bila mengikuti satu demi satu keputusan tidak rasmi pengiraan undi bagi PRK Parlimen Teluk Intan yang sedang berlangsung sekarang. Keputusan terkini yang belum rasmi menunjukkan DAP sedang mendahului dengan majoriti 25 undi setelah memperolehi 19,830 undi sementara BN pula mendapat 19,805 undi. Jika tidak salah andaian penulis rasanya jumlah undian di atas […]


9:06 pm - Mohamad C.W

KEMAMAN 31 Mei – Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli. Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan […]


8:21 pm - Mohamad C.W

TELUK INTAN 31 Mei – Penjumlahan awal keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud mendahului calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan 728 undi. Setakat ini Dyana meraih 3, 292 undi manakala Siew Keong 2,564 undi. Berdasarkan perjumlahan 20 daripada 122 peti undi keseluruhan. – […]


6:30 pm - Mohamad C.W

KLANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas terhidu asap tebal akibat kebakaran di bilik tidurnya di Ambang Botanic 2, di sini pagi tadi. Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan rumah teres dua tingkat itu kira-kira pukul 7.06 pagi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berlaku […]


6:24 pm - Mohamad C.W

KANGAR – Selepas dihantui dengan kelewatan pembinaan Pusat Akuatik, tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, Perlis terus dirundung malang apabila bumbung Dewan Badminton yang baru sahaja siap dibina di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pula bocor petang semalam. Kebocoran kecil itu dikesan di tiga tempat di sudut dewan tersebut berhampiran tempat duduk teres penonton […]


5:09 pm - Editorial

Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Ubudiah di sini semalam. Baginda tiba pada jam 1 tengahari dengan diiringi Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Puhat Mat Nayan. Sultan Nazrin yang memakai baju Melayu berwarna […]


5:04 pm - Editorial

Sydney – Seorang pengedar dadah yang merupakan antara penjenayah terkenal di Australia, yang menghabiskan masa selama lebih 20 tahun di beberapa penjara paling teruk di dunia, akhirnya memilih untuk memeluk Islam. Martin Garnett, pernah dikenakan hukuman mati di Thailand kerana menyeludup dadah, pernah menjadi sasaran bunuh oleh banduan yang dikenali sebagai `samurai’ dan melancarkan mogok […]


4:58 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan. Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.