Himpunan GST : Tiada Perarakan Akan Dilakukan – Mat Sabu

Kuala Lumpur – Himpunan 1 Mei yang diadakan untuk membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diteruskan di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hasil perbincangan dengan pihak polis, persetujuan dicapai supaya himpunan tersebut diadakan di lokasi berkenaan dan tiada perarakan dibuat.

“Hasil pertemuan dengan OCPD Dang Wangi semalam, keputusan telah dicapai bahawa Himpunan 1 Mei akan dibuat di Jalan Raja, tempat sambutan hari kemerdekaan selalu dibuat.

“Tiada perarakan menuju ke Jalan Raja dibenarkan, jadi orang ramai akan berada di lokasi-lokasi yang telah dimaklumkan dan berjalan menuju ke tempat himpunan,” katanya pada sidang media di bangunan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), di sini, hari ini.

Katanya, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan jawatankuasa himpunan itu dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad semalam.

Mereka juga bersetuju supaya kawasan padang di Dataran Merdeka itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan kerana ia sedang dibaik pulih.

Mohamad memberitahu, jalan berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad itu akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *