Archive for April, 2014


April 30, 2014 10:43 pm - Editorial

Setelah dikecam teruk oleh masyarakat dek percintaannya dengan ‘suami orang’, pelakon kontroversi, Hanez Suraya, kini bangkit mengatur karier seninya. Malah berkat kesabarannya, aktres cantik ini nampaknya semakin diterima semula oleh peminatnya. Ini terbukti apabila kehadirannya di Pesta Buku Antarabangsa PWTC bagi mempromosikan buku Love You Mr Arrogant di PWTC, diterima baik oleh orang ramai. Menurut […]


10:38 pm - Editorial

Jakarta (Indonesia) – Skandal penderaan seksual di sebuah sekolah antarabangsa paling berprestij di Indonesia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak. Seorang budak lelaki berumur enam tahun didakwa diserang secara seksual oleh tukang cuci di pusat asuhan Sekolah Antarabangsa Jakarta dalam kejadian kedua yang dilaporkan di negara itu lapor AFP. Susulan daripada kejadian itu, kerajaan mengarahkan sekolah […]


10:33 pm - Editorial

Dubai – Pemain dram kumpulan Scorpions James Kottak dipenjara sebulan di Dubai kerana mabuk, menghina Muslim dan membuat isyarat lucah ke arah sekumpulan orang, selain membuka seluar di lapangan terbang. Pemuzik AS itu juga didapati bersalah menghina anggota polis tempatan. Kottak ditahan di lapangan terbang di Dubai pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari […]


10:26 pm - Editorial

Novy Bydzov (Czech): Lelaki tidak berumah ini dilabel “lelaki paling kotor di Eropah” kerana tidur dalam timbunan abu sampah yang panas. Ludvik Dolezal, 58 membakar apa saja yang dijumpai untuk dijadikan “tempat tidur selesa” sebelum merangkak ke atasnya untuk melelapkan mata. Dolezal yang dikenali oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu sebagai syaitan dalam […]


10:20 pm - Editorial

Doha: Pasangan suami isteri yang dituduh membiarkan anak angkat mereka kebuluran sehingga mati semalam merayu atas sabitan cuai dikenakan, kata sumber mahkamah. Matthew dan Grace Huang hadir di mahkamah dan sumber berkata, pendakwa hanya dimaklumkan mengenai hukuman penjara tiga tahun itu pada 27 Mac lalu. Menurutnya, prosiding diadakan semalam hanyalah untuk formaliti. Pasangan suami isteri […]


9:26 pm - Editorial

Kuala Lumpur – Hanya kerana ingin menyertai himpunan bagi membantah GST, seorang penyokong pakatan rakyat sanggup membatalkan hasratnya menunaikan Umrah. Mohamad Ezwan Razak melalui akaun twitter, mengingatkan rakannya agar hadir di dalam himpunan yang akan diadakan pada 1 Mei itu. “@mohd_aswad Esok 1 Mei jangan lupa pergi KLCC atau Dataran Merdeka. Polis benarkan himpunan Tolak […]


9:05 pm - Editorial

Bandar Melaka – Smart Partnership International (M) Sdn Bhd syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat […]


8:54 pm - Editorial

Kota Bharu – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cadangan UMNO untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan sebelum mengemuka rang undang-undang persendirian untuk membolehkan Kelantan melaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. Nik Aziz bagaimanapun enggan campur tangan dalam urusan teknikal melibatkan pelaksanaan enakmen tersebut biarpun mengakui pelaksanaannya memerlukan jawatankuasa […]


8:46 pm - Editorial

Kumpulan lapan persatuan penganut Buddha memberi amaran Pakatan Rakyat akan hilang undi di masa depan jika PAS membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Persatuan Pemuda Kristian Malaysia dan enam lagi kumpulan belia bukan berasaskan agama, mereka berkata, PAS patut menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum […]


8:37 pm - Editorial

Shah Alam – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membayangkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga. Abdul Khalid dalam catatan terbaru Twitternya berkata: “Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua). “Dalam hidup ini, saya hanya […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.