Video : Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh


Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.


114 thoughts on “Video : Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh

  1. Raja Bomoh ni yang bodoh, syirik dan khurafat.

    Nak tunjuk kuat pakai ilmu hitam. Allah saja yang tahu.

  2. Dah terang2 pengikut orang kuat BN dan UMNO sebab 🙂 Tidak perlu putar belit fakta nyata lagipun KLIA pun benarkan dia buat acara bubu.. kalau org PKR dah lama kena tangkap ma..

    Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

  3. wahai org di atas, tgk kat blazer die ada pin 1Malaysia. semangat dia dgn umno.kata dia PKR plak..hek eleh..buta

  4. erm.. si bomoh ni kata Khairy tu biadap.. yang dia ni tak biadap ker? dah la terpesong dari agama islam.. astaghfirullah~

  5. ni cerita doremi sudah mau habis
    Re punya teropong dah keluar
    do punya tikar dah keluar
    sekarang tgh seru Mi punya bangsi hikmat… tp kj yg tiup..
    hahahaha

  6. this has nothing to do with politic! kau dah malukan islam pun tak sedar diri lagi. khairy was doing the right thing! the whole world is making fun of malaysia and islam! no such thing like bomoh is exist in this world. kalau nak mintak pertolongan, Allah sentiasa ada. remember Allah. dahlah pakai songkok, lepastu malukan islam. apa nak jadi dengan dia ni.

  7. Haluuuuuuu. …….

    Lu smbang bsar le mat zin.lu ngak prlu cbar khary gduh sma lu..wa snggup lwan sma lu.stakat lu bomoh aper gua heran..skali gua jntik tlur lu sewel smuar hdup..yg tua pun bkn smua btul..jgn lu ulng prbuatn yg memalukn negara beb..kelak lu sndri dmlukn org rmai..pueee

  8. Missy hosays : bercakap guna lah akal. Mana ada org PKR nak pakai nametag lambang government. And mana ada org PKR nak pakai tag 1 Malaysia. Lol.

  9. Apa la org tua nak mati ni mengarut..kalau kau hebat sgt knp tak jumpa lagi mh370 tu? Baik kau balik layan anak bini kau lagi bagus..sesuka hati ckp org rembau bodoh…kau tu byk sgt pandai? Anak murid kau pun malu la nak ngaku anak murid kalau ketua sewel mcm ni..puihh

  10. inilah salah satunya menunjukkan dunia dah mula keakhir zaman, bilamana sesama bangsa dan satu agama bergaduh dengan permasalahan dunia. Masing2 nak menang dan masing2 nak betul. makanya Allah menurunkan musibah untuk membuka mata hati setiap insan di dunia. Astafirullahalazim…. Ya Allah ampunilah hamba2mu yang khilaf dan Engkau berilah petunjuk serta hidayah-Mu kepada hamba2Mu yang terleka dengan duniawi.

  11. Istigfar la byk2 wahai bomoh. Apela yg awak fikir. Sampai ati awk pengaruhi n memalu kn krew tikar terbang awk tu. Bole ceduk ape ntah dgn raga. Yg sian si cabin crew yg meramas buah kelapa tu. Ape tu? ape yg d cari dgn buah kelapa tu? Adakah dgn memegang buah kelapa tu awak dpt mencari kedudukan ketua pramugari? Astagfirullah. Dari tuan bomoh yg konon nak ajak fight. Fikirkanla bahawa awak tu dh memalukn umat islam. Dahla islam d hentam teruk d tindas seluruh dunia. Dengan kehadiran media antarabangsa tuan bomoh dgn jahilnye membuka peluang kepada org kafir seluruh dunia utk memalukan umat islam.

  12. Kelakar aku Bomoh tua ni nak ‘kokedai slap’ Khairy….memang betul pun perbuatan dia memalukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Jangan la menggunakan ayat Al-Quran untuk menghalalkan perbuatan syirik beliau. Jangan perodohkan semua orang.

  13. Walau bagaimana pun terernya kita …kita perlu hormat menteri….kalu ada benda benda yg kurafat ianya perlu di perbetulkan…. mana perginya Jakim…mana perginya ulamak ulamak..yg di katakan terbaik…..

  14. sekadar pncerahan org kampong yg takda alatan canggih manggih:maaflah tang bab komplen ne rakyat Msia memang ramai…byk hanya “keyboard warrior” shj bukan “gentle warrior”…jd manusia cuba jgn perlekehkan org, berfikir positif lh sikit…dah kira bagus lah tu ada inisiatif nak nolong…itu yang kita mahu…cara&kaedah terpulang kpd ilmu masing2…ini tidak! terus2 jatuhkn hukum seblum terbukti…itu cara dia mengandaikan brg2 yg diguna semacam pesawat/laut/terbang/laut dsbnya(objek tu skadar lantaran sahaja) dalam ilmu scan/mencari benda yang hilang…jgn suka salah sangka dan salah tafsir…itu hanya gambaran …dia pun masih menyebut nama ALLAH dalam urusan,mana khurafatnya…berjaya atau tidak pun trpulang pada ALLAH yg menentukan…itu tetap tak lari beb!

    • Klu pun nak sangat buat… Buat lah kat rumah ke, kat tempat silat ke… pantai pun ok… Klu teropong tu nampak jelas sikit… Klu nak terbang pun senang, banyak kuasa angin de kat situ…. Jangan salah faham, w/pun guna ayat2 Al-Quran… nak jadikan jin2 kawan kita pun, boleh guna ayat Al-Quran… Persoalannya, dibenarkan ke dalam Islam….
      Bukan nya kami rakyat M’sia marah, tak… Isshh betul… Tak marah… Buat ler… kat mana2 yg dia suka. Tapi bukan utk tuntutan umum…. Apa tah lagi International News… bila dah tahap Memalukan negara, itu kami mmg 100% terasa…. Imagine impact for those who always travel oversea atau student2 yg ada kat overseas skrg ni…. Bukan setakat negara mat saleh, smpi negara pak Arab pun bagi comments yg kurang menyenangkan, apa citer… Do we proud now, they thought Malaysian like to use black magic… i’m not, so sorry……

  15. Saya tak rasa perbuatan bomoh nie khurafat..permohonan yg diminta pun terang terang mengunakan ayat quran. Yg beliau lakukan itu hanyalah mengikut ilmu atau kebolehan beliau dan ianya hanyalah berupa perantaraan sahaja sebagai usaha..semuanya di pohonkn kepada tuhan. Maka jaganlah kita meghukum orang dgn mngatakanya seorang khurafat atau sesat..

  16. hmm dlm tgh org bersedihan masih ada lagi yg cuba buat drama.lupakan cerita ini tumpuan patut di berikan percarian kat mh370 sedih tgk kat saudara mara kat klia menunggu.

  17. Hmm alahai…kenapa mcm2.kita semua tahu cara bomoh itu tidak diiktiraf.tetapi sebagai org yg lebih muda seharus nye kita menhormati yg tua…kalau yg tua salah..mmg la boleh yg muda menegur secara hikmah…islam kan penuh tertib mengajar akhlak yg mulia dan akidah yg indah…naahh..klu krg pasti balik pada ajaran n soal diri.apakah kita ikut ajaran Nya

  18. X payah khairi la.. Meh aku nak
    Lawan.. X pernah lg ada org tampar org jd buaya..
    Meh aku nak jumpa.. Kita tgk sapa bersepai dulu kepala..
    Minta kerajaan lepaskan aku lawan mamat tua lg bodoh ni…
    Bia aku anta dia kedlm kubo..

  19. hahaha… raja bomoh2..
    kalau ikhlas nak tolong tak perlu dekat KLIA..
    dekat tempat sendiri pun boleh..
    dasar publisiti murahan..
    hahaha..

  20. lambang 1 Malaysia boleh beli kat kaki lima je..kalau nak menyamar apa pun boleh buat..itu bukan persoalannya..amalan yg dipertontonkan itu yg jd aibnya…

  21. bawa2 la insaf bomoh lawak…klu salah mengaku la salah…keras hati mu bomoh…suka hati sj ko tampar buaya…cuba buaya tu yg tampar ko…mungkin baru ko sedar balik ni…

  22. itula…media pn slh dlm hal ini..menyiarkan sesuatu yg x msk akal dn mnyebabkan stu dunia mentertawakan malaysia..fikirla baik2 sblm menyiarkan sesuatu..skli pun mhu mnggunakan bomoh..biarla di kawasan yg tertutup..bodo je semua.ptt xmaju2..otak kat lutut..bkn ahli bomoh tu je yg bodo ok..

  23. kuat sangat main gam biasa la. nama je islam tapi syirik. org berdoa kt airport ditahan. perbuatan syirik di airport xdtahan? ape? nak jadi entertainment ke? adoh2. org non-muslim setakat menyebut nama Allah S.W.T pun nak mengamok thap gila. tapi org yg Pkai nama Allah S.W.T utk sihir? pakai otak la sikit bomoh. kau tau nama malaysia kene sindir skrg ni

  24. pokcik bomoh ni cakap ada asasnya….fahami elok2 ucapan dia….saya merumuskan begini: kita bangsa melayu nak tegur orang lebih tua biar kena pd cara.nak ambil tindakan ikut saluran yg betul. Kata menghayati rukun negara…tp mana kesopanan dan kesusilaan seorang menteri. Ini contoh yg baik kah ? fikir2 kan…..

  25. aku mmg benci KJ….dr zaman pak lah sampai la skrg…..ingat !!!!!!….balasan Allah itu pasti…doa2 orang teraniaya itu pasti dimakbulkan Allah……

  26. ko jgn buta sejarah KJ…..May 1969…parang terbang…Sungai manik, perak……..keris terbang….

    agak2 ko la, kalau “parang terbang” depan pintu rumah ko…sapa yg ko nak panggil dulu ? Sapa yg ko nak tuduh ?

    ikut kata lidah binasa, ikut kata hati mati KJ….

  27. Pakcik ni buat Malu Malaysia je….. Ckp mcm dia bagus Sgt…. Meh sini… Aku nak mintak izin Kat dia nak tampa gajah muka dia boleh!!!! Pening arr

  28. ,dua dua pun mempunyai niat yg. Baik yg. Sorang nk jaga nama baik negara,saya setuju klu kita tgk pada mata kasar acara tu,mmg mcm2 pandangan dan persepsi dunia luar tentang Malaysia,kita boleh tgk dimana kerajaan malaysia cuba tunjukkan kepada kita yg. Malaysia adalah sebuah negara islam tapi saya rasa dia perlu buktikan pada dunia luar yg. Malaysia ni adalah sebuah negara Islam,dan bukan pada rakyat malaysia yg. Sememangnya sudah tau yg Malaysia ni mmg negara Islam,yg Tok guru ni pulak marah sebab status dia seorang guru silat klu betul pun khairi ni silap dan dia sebagai tok guru seharusnya menegurnya dgn cara seorang org tua dan juga cara seorang guru dan apa setahu silat jika kita berguru dlm seni silat ni sikap angkuh sombong serta menunjuk kebolehan adalah salah satu criteria yg tidak diperlukan senang cakap tidak layak untuk ajaran seni ni……

  29. kalau tak silap aku bomoh ni yang jumpah mayat yang mona fendi BUNUH sewaktu hilannya menteri yang dikagumi orang ramai tapi lupa dah kat negeri mane???. bagi pendapat saya permohonan yg diminta pun terang terang mengunakan ayat quran.so kita jangan ikut suke sedap mulut je nak cakap yang bukan2 malahan dia pun masih menyebut nama ALLAH dalam urusan,mana khurafatnya…berjaya atau tidak pun trpulang pada ALLAH yg menentukan…itu tetap tak lari. berfikir positif lh sikit…dah kira bagus lah tu ada inisiatif nak nolong…itu yang kita mahu…cara&kaedah terpulang kpd ilmu masing2…ini tidak! terus2 jatuhkn hukum seblum terbukti…itu cara dia mengandaikan brg2 yg diguna semacam pesawat/laut/terbang/laut dsbnya(objek tu skadar lantaran sahaja) dalam ilmu scan/mencari benda yang hilang…jgn suka salah sangka dan salah tafsir…itu hanya gambaran(copy past)

  30. kah..kah..kah..kah..kahhhhhhhhhh!!!!!! MH370, belum jumpa lagi! Ini pula kontrovesi baru. Siapa hebat !!! malaysia boleh.

  31. yang hairannya sampai dok gadoh-gadoh macam ini tak malu kat ohang ka…bukan lagi budak-budak bawah umur dah dewasa dah…kapai terbang tak jumpa lagi yang kita dok berkelahi sama sendiri…tak malu ka…satu dunia dok tengok…kalau ada masaalah bawa berbincang…benda dah berlaku…sapa betui sapa salah kita cari jalan penyelesaian…musibah yang berlaku kita hadapi bersama…kalau dok bergadoh bertambah bala kat kita nanti…assalammualaikum.

  32. Hairankan… when u actually not contribute anything tapi banyak pulak komen.. senang nak Cakap dia bodoh mereka bodah… saya rasa self reflection itu penting. kita manusia yang tidak pernah bersyukur. Malu rasanya baca komen yang tidak masuk akal. Saya cuma nak tanya semua.. apakah yang telah anda lakukan untuk bantu mencari MH370?
    I was doing nothing except then praying for them… bila that bomoh do something people do make big fuss about it? Kalau bomoh sesat sekali pun please at least respect him as he lagi tua dari kamu semua. That is always a way to express your thought people… please used wisely.. manusia mudah sangat menghukum… fitnah dosanya lagi besar dari membunuh. Ingatlah semua yang berlaku ada sebabnya. Kuasa tuhan itu sangat besar. Kita tak perlu buat dosa kering pun. BN/PAS/PKR/DAP semua itu kat dunia ini.. renungkan lah sejarah kita Dan punca sesebuah negara berperang and musnah… apa pun saya harapan yang terbaik untuk semua..My only wish that our people will united and think wisely. Action speak louder than word.

    • Sis..I assume you are a female.They used recitation from the holy Quran and the word ‘ALLAHUAKBAR’ along with the very weird or should I say stupid actions?Its not appropriate.This is not about ‘at least they did something’ but this is about dignity of Islam.

      YES!We do keep praying.Dont underestimate the power of du’a.Our faith in Allah is so much more than enough.Better than what they did.

      I am sorry sis if my words hurt you.I am truly sorry.I never want to pick a fight with you.It just i am so upset with this bomoh.Dont use islam for self-benefits.never.

  33. Berdasarkan apa yg aku blaja psl perubatan islam walaupun guna ayat quran boleh jd syirik kalo gune dgn cara yg slh. Sbb dgn ayat quran boleh tndukkan jin. Allah tak bg manusia minta ptolongan jin. Mcm keris terbang tu da kira ptolongan jin. Tak mungkin keris tu boleh terbang sendiri. Kte ni manusia biasa bkn para nabi yg ade mukjizat.

    Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

    (Surah Al Jin : Ayat 6)

    Apa-apa pun :

    Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

    (Surah An Nisaa’ : Ayat 59)

  34. Alahai raja bomoh kononnya.Kalau betul bomoh,xpayah bwk tikar terbang g klia.Macam boleh buat kat rumah je?????Nampak beno publisiti semata.Tolong jgn jual agama,jgn jual nama Allah.Astaghfirullah T.T rasa nak nangis sebab tahan rasa marah atas kebodohan awak.Kenapa bodoh sgt?
    The rest of the people, pray silently..pray for this bomoh too..I sincerely hate them for using Allah and holy Quran to get attention/publicity whatsoever.

  35. Apa2lah bomoh nie..ugut mengugut lah plak…bkn saje memalukan umno dn org2 melayu tp memalukan islam juga…lupa ker..allah tu maha berkuasa…aku rasa org umno pon ramai yg tolak cara dia…yg korang plak asik mengutuk umno suka cara bomoh pon salah gak…apa korang x der kwn2 dari umno ker??..xkan tu pon xleh pikir…Bomoh nie nak cari publisiti murahan jer..kita ada akal..doa dari sembahyang hajat tu lagi afdal dari seorg bomoh. kalu dgn izin allah…esok mh370 leh jumpa..kalu tanpa izinnya..gunalah apa cara sekali pon…ttp sukar nak jumpa…igt tu wahai kwn2 kuasa allah mengatasi dari segala yg ada dimuka bumi ini…

  36. ketuklah maka pintu akan dibukakan
    mintalah maka kamu akan diberikan
    maka ini semuanya adalah usaha…

    MH370 pulanglah
    mendaratlah
    keluarga,saudara dan sahabatmu menantimu
    kami dan seluruh warga dunia menantimu

    “MARILAH BERDOA”

  37. Org2 mcm gini lah yg Menjatuhkan nama baik Bangsa, Negara & Agama…kalo aku, keluarkan aje Warrant of Arrest, cekup BB ni (Bomoh Bogey) & kuncu2 nya sumbatkan dlm lokap…nk share story, tunggu aje masa bicara nanti. INSOLENT MAN!!

  38. perghhh.. cakap langsung tak ingat Allah, riak n takbur.. sy bkn lah sokong KJ, tetapi tengok video dia dgn tikar n kelapa tu pun malu gak.. sebagai negara Islam yg rakyat nya majority Islam rasa terpukul dgn aksi ritual ini yg pasti otak yg waras kata ianya bertentangan dgn ajaran suci Islam.. Allahuakbar!

  39. Orang PKR tak mengaku Pak Bo*oh ni PKR, orang UMNO tak mengaku Pak Bo*oh ni UMNO…,nampak sgt semua orang taknak terima Pak Bo*oh ni ada dalam pihak masing2. So, sendiri kena paham la Pak Bo*oh hoooooiiiiii……

  40. apa ni gaduh2 dan ugut dan cabar mencabar….kes MH370 yang hilang tak selesai lagi….ni dah timbul kes bomoh pulak…adoiiii….apa nak jadi….patut laa Allah tak bagi pedoman dan petunjuk kapal terbang MH370 hilang kerana orang melayu asyik bergaduh….dah la tu…focus kepada MH370 yang hilang tu lebih penting

  41. mahaguru jenis apa ni?….ego..cakap macam dudak budak….siapa bg dia ni taraf raja bomoh….dia x boleh terima tegurann..kritikan…..dan pulak nak ajak kj gaduh….bodoh punua mahaguru,,,,

  42. tak pe la pakcik…relak je la…u dah cuba cara u…terima kasih ye…sekarang bir yang lain buat keje masing2…kita just nak mh 370 selamat….tak payah la kita gaduh sama sendiri….

  43. Siyesly ko wahai “BOMOH MENGARUT TAHAP DEWA GABAN”….sgt memalukan…sebelom ko tampar KJ…biar ko kne tampar dgn ktorg…siap pakai magic carpet…ko sesuai di namekan “BOMODOH”….sumpah aku rase nk je tendang..KO sape??? BOMODOH giler tahap dewa gaban…???

  44. demo nok bergocoh biar la jumpo dulu mh370 tu..doh jumpo hoh mari la puok duo oghe tu jumpo kawe..kawe beri gelangge dengan paghe sorang sebiloh.

  45. bodoh punya bomoh… kalau aku ada dekat klia masa dia buat upacara tu.. confirm aku tak b’henti gelak.. Nampak sangat bodoh dia dan kawan2 dia tu.. memalukan sungguh..

  46. hassnee…. Fokus terhadap MH370 tidak pernah hilang, begitu juga doa yg dipanjatkan buat mangsa & keluarga mangsa…. Sentiasa… Begitu juga cerita2 yg diudarakan, tetap diberi perhatian….. juga cerita2 sensasi yg berkaitan….. Melayu kena blajar, alert in everything…..

  47. Kami tak marah… Buat lah kat mana2 yg dia suka…. Tapi bersyarat, buat lah kat tempat yg bukan jadi tontonan umum…. Apatah lagi International News…. World News… Bukan shj negara Mat Saleh, malah negara Pak Arab pun dah bagi comments yg kurang menyenangkan…. Cuba bayangkan… Imagine impact for those who are always travel to overseas, atau student2 kita yg masih blajar di luar negara……

  48. look like he is king of every body… he say buang, that buang… tapi he is not authorised to buang sesiapa pun… Look like gangster king…

    He will make malaysia malu. he will drag UMNO/BN to grave… Donno unmo leader realise it or not. He is a virus which may spread infect everyone in UMNO/BN if he is not removed… In his speech, he can remove everyone including UMNO/BN people, he bring their mother, papa, nenek, grandpa
    out.

  49. This Bomoh to bullshit, making fun our Malaysian Pride and Honour..Pak Bomoh, stop doing stupid things like that. See your age lah, better you learn Islam In proper way.. If I see u ah, I slap ur face like snake..haha

  50. kmu semua org bandar mana kmu thu pasal bomoh/dukun..
    org tua kita dlu bomoh/dukun ni la d gunakan utk hidup n sehat..
    dia buat tak salah..cuma pandangan org bndr yg tak pernah tgk bomoh ckp karut…

  51. kamu datang pi sabah la…kmu ckp mcm tu..kalu kamu mahu”ANU” kamu melekat d dahi,berak rotan,kepala kamu lembut,muntah rambut…..cuba2 la datang pi sabah..

  52. MaHaGaru @ BohMau tu gamaknya nk bukak Klinik Tilik Menilik kt KliA.Sbb tu la dia beriya2 buat demo tahap donkdai nk canang kata dia tu BohMau. Pelik aihhh. Ada lg manusia dlm zaman moden ni dgn muka tak malu n bangganya mengaku diri tu tok dukun? Kan elok dok diam2 sana. Nanti Tan Sri Najib ngn Datok Mahathir suruh lawyer saman tokmoh 20juta ehh 100juta kilo Kangkung.. Silap2 kne gadai teropong buluh, bubu, tikaq ajaib ngn buah2 nyioq nk bayaq saman

  53. jangan politikkan MH370.
    Keep calm and keep praying for them.

    on the side note, le pakcik bomoh, tolong la berhenti malukan diri sendiri. we’re so tired of you already.

  54. cakap biarlah profesional sikit, guru silat apa, cakap macam bebudak, buat malu pengikut seni silat sahaja, cakap pakai akal lah sikit, jangan ikut nafsu saja, jangan sombong dan angkuh sangat nanti jadi pengikut firaun

  55. Astarghfirullahal’adzim…
    bongkak dan takbur sungguh raja bomoh ni!
    Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepadanya, agar kembali ke jalan yang lurus.

  56. raja bomoh banggang….matlamat tujuan ko baik,tp cara ko gne tak betol,matlamat tak mnghalalkan cara ngook…

  57. hahaaha! nak kokedai slap konon.
    mintak la sesape p kidnap tok moh tu taruk p dalam kandang kokedai. kita tgk sape yg kena tampar dulu.
    bomoh ni mesti kuat terpengaruh dr lawak tokmoh dlm bku ujang ni. hahahaha. :guling: :guling: lawak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.