‘Worst Case Scenario’ Pesawat #MH370 Gagal Dikesan – MAS

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Baharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu.

Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam ‘saat-saat genting ini’.

MAS berkata ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang yang terbabit.

Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada jam 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi.

MAS berkata ia akan menempatkan sekumpulan kaunselor ke Beijing pada Ahad.

Ia telah menghantar 94 kaunselor yang terdiri daripada kakitangan terlatih dan anggota Tzu Chi Foundation untuk memberi sokongan emosi kepada keluarga penumpang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *