Archive for February, 2014


February 28, 2014 11:31 pm - editor2

SHAH ALAM 28 Feb. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti yang akan datang.   Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam Kasih Bertaut di kediamannya, di Seksyen 7, di sini.   – UTUSAN ONLINE


11:28 pm - editor2

STOCKHOLM: Anak kedua kepada pasangan Malaysia yang didakwa kerana memukul tangan anaknya dilihat lebih banyak memberi soalan berbanding menjawab soalan dan keliru ketika menerangkan kes penderaan. Adam Azizul Raheem,11,cuba menggambarkan insiden apabila ibunya, Shalwati Nurshal dikatakan memukulnya menggunakan penyangkut baju apabila tidak melakukan cucian dengan betul. Apabila diminta untuk menggambarkan kronologi tersebut, Adam tiba-tiba memberitahu […]



6:45 pm - editor2

TERNYATA, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, mempunyai cara yang tersendiri dalam menyindir sekali gus membuat lawak jenaka. Malah, saranan daripada pelakon senior, Fauzi Nawawi, kepadanya agar mendapatkan rawatan kesihatan turut dipenuhi pelakon drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini. Menerusi laman sosial miliknya, Sharnaaz turut memuat naik foto dirinya berserta hasil ujian imbasan pemeriksaan otak. Selain […]


6:40 pm - editor2

KUALA LUMPUR — Seorang pengawal keselamatan Jumaat dihukum penjara 16 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya dua minggu lalu. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berumur 28 tahun dan memerintahkannya menjalani hukuman itu secara berturut-turut bermula hari […]


6:33 pm - editor2

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini. Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri […]


6:30 pm - editor2

KUALA LUMPUR — Berikut senarai kawasan terbabit dengan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bermula Ahad ini sehingga 31 Mac diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Jumaat. GOMBAK ———— (ZON 1) 1. Taman Keramat AU1 2. Taman Keramat AU2 […]


12:15 pm - Naimah Shaari

Cyberjaya: Peringkat kedua pengagihan air berjadual akan membabitkan enam daerah iaitu daerah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bermula 2 Mac sehingga 31 Mac ini. . Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, berkata catuan kali ini membabitkan kawasan dan jumlah akaun lebih besar iaitu 260 kawasan dan […]


12:12 pm - Naimah Shaari

Kuala Lumpur: Pusingan ‘U’ yang dilakukan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo diharap menjadi pengajaran buat pemain lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama sekali gus meletakkan tugasan bersama pasukan kebangsaan sebagai agenda utama di dalam karier mereka. “Kami gembira Norshahrul sudah menyelesaikan masalah peribadinya dan kembali bersama pasukan kebangsaan. “Dia sudah meminta maaf dan memandangkan […]


12:10 pm - Naimah Shaari

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diminta untuk memperjelaskan mengenai butiran penuh Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung projek loji rawatan air Langat 2. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, Menteri Besar akan dipanggil untuk memberi taklimat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.