TERKINI | UTAMA | POLITIK |HIBURAN | JENAYAH & MAHKAMAH | NIAGA | LUAR NEGARA | ENGLISH SECTION | KISAH MISTERI | PENTADBIRAN |

Serina Akui Bakat Sofi Jikan Sebagai Pengarah Dipertikaikan


Sofi-Jikan

SERDANG: Penerbit Eksekutif film Gangsterock Serina Redzuawan mengakui terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan bakat pelakon Sofi Jikan yang dipilih sebagai pengarah filem berkenaan.

Bagaimanapun, Serina, 30, berkata, pemilihan Sofi mengarah filem itu berdasarkan profil dan pengalamannya dalam industri seni selain pemuda itu berjaya meyakinkan dia dan rakan kongsi syarikat produksinya YKS Film Maker iaitu Yusof Kelana.

“Pada mulanya memang ramai orang yang mempertikaikan kredibiliti Soffi untuk jadi pengarah dan menganggap dia belum layak.

“Namun, saya melihat daripada pelbagai aspek sebelum menerima kertas kerja yang dibentangkannya tentang filem ini termasuklah latar belakang pendidikan perfilemannya dan pernah mengarah beberapa telefilem sebelum ini,” katanya pada sidang media pelancaran filem Gangsterrock, di Hotel Wellness Mines, di sini, Isnin.

Tambah Serina, pelakon itu juga dilihat mempunyai misi dan jiwa yang besar dalam mengangkat naskhah tersebut.

Para pelakon ‘Gangsterock’.

Sementara itu, Sofi berkata bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dan meyakinkan penerbit bagi mengambil naskhah tulisannya menjadi filem.

“Saya sudah buat persiapan yang cukup rapi dan teliti sebelum dibentangkan di hadapan Sherina dan Yusof Kelana.

“Saya tahu ramai yang tidak yakin, malah ramai yang menganggap saya hanya berangan sahaja, namun ia tidak mematahkan semangat saya,” katanya.

Kata Sofi, dia percaya dengan tenaga kerja dan pemilihan pelakon yang terbaik mampu memberi kejayaan kepada filem genre aksi muzikal komedi.

Sofi Jikan

Sementara itu, apabila dikatakan dia syok sendiri kerana menjadi pengarah, pelakon utama serta penyanyi lagu tema filem ini Soffi menganggapnya ia sebagai satu peluang keemasan.

“Saya tidak kisah apa orang kata tentang saya, jika ikut apa orang cakap kita tidak boleh pergi jauh.

“Saya ambil peluang yang diberikan ini sebaik mungkin dan tidak akan menghampakan mereka,” katanya.

Filem Gangsterock yang dijangka menelan belanja RM 1.5 juta ini bakal menjalani penggambaran bermula 11 Januari depan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara barisan pelakon yang bakal menerajui filem ini ialah Saiful Apek, Izzara Aishah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha, Syafie Naswip dan Harus Salim Bachik.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




>



ARKIB

© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.